Monday, June 9, 2014








Wedding Reception. Perkahwinan Abang Sepupu saya. Nickolas dan Veronica. I love both of them. They be my guardian since I studied in Labuan Matriculation College. Abang Nick banyak membantu saya. so, saya jadi pengapit dia semasa dia menjadi raja sehari. Pengapit utama. Tentu ramai orang hairan dengan pakaian traditional ini. Ini adalah pakaian tradisional kaun Dusun Tindal yang terdapat di Sabah. Dusun tindal kebanyakannya berada di Kota Belud Sabah. Saya adalah dusun tindal. Ia merupakan bangsa yang sangat unik dengan budaya dan warisannya. Dusun tindal merupakan salah satu dusun yang tertua di Malaysia. Kadazandusun merupakan dusun yang terawal di Malaysia khususnya di Sabah. Pada umumnya, pakaian ini dikenakan semasa perayaan kaamatan atau perkahwinan. saya sangat gembira memakai pakaian ini. sebab ia penuh dengan ciri-ciri budaya yang asli. cerita tentang perkahwinan, pesta perkahwinan abang sepupu saya sangat meriah. berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 30/05/2014 dan di rumah pengantin lelaki pada 02/06/2014.  Ia sangat awesome dan sangat bermakna bagi mereka berdua. dan bermakna untuk saya juga. dah lama saya tidak memakai pakaian ini. saya tidak boleh pakai ini sendirian. perlu ada 2 atau 3 orang yang menolong saya untuk memakainya. Ia sesuatu yang sangat awesome dan happy sangat. Pengapit perempuannya pun cantik. hehehe.

No comments:

Post a Comment